Adobe Photoshop Depth Map Channel

20 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

19 Januari 2020 – Pusat Ekonomi Digital Linggi telah mengadakan Kelas Adobe Photoshop Depth Map Channel yang bertempat di bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Linggi. Seramai 2 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah menengah menyertai kelas. Kelas ini bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 1.00 petang.

Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dalam menggunakan aplikasi Adobe Photoshop kerana ianya dapat menarik minat mereka untuk belajar mengubahsuai gambar. Di dalam kelas ini mereka diajar menggunkan teknik “Depth Map Channel”.

Antara pengisian aktiviti kelas ini ialah cara memasukkan gambar ke dalam aplikasi Adobe Photoshop, penerangan mengenai fokus objek, cara menggunakan “Quick Selection Tools”, cara menggunakan “Quick Mask”, cara menggunakan “Solid Color”, cara menggunakan “Gradient”, cara menggunakan “Channel” dan cara menggunakan “Lens Blur”.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali